Tuesday, April 5, 2016



Kemarin, 4 April..
Pihak IKIM ada hubungi saya.. mulanya agak terkejut juga.. ingatkan saya ada buat salah ke ape.. hehe.. rupanya mereka mahu berbincang mengenai tawaran kisah novel Perang Badar dijadikan skrip drama radio IKIM yang akan disiarkan pada Bulan Ramadhan nanti.. tentulah saya tidak menolak tawaran itu.. walaupun sedar ianya amat mencabar.. maklum sajalah Perang Badar ada watak Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.. apabila dijadikan skrip drama radio.. tentu ada dialog-dialog.. kerana yang menawarkan itu Radio IKIM .. maka saya setuju kerana mereka juga ada pakar-pakar rujuk.. bagi saya ia merupakan satu penghormatan dan cabaran terhadap seorang penulis novel sejarah insya Allah..